• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Sesi Perkongsian Ilmu Mengenai Akta (AAGS) 2022 Dan (KRT)

Sesi Perkongsian Ilmu Mengenai Akta (AAGS) 2022 Dan (KRT)
SESI PERKONGSIAN ILMU MENGENAI AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AAGS) 2022 DAN KEGANASAN RUMAH TANGGA (KRT)

10 JANUARI 2023

Sesi perkongsian ilmu ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta Antigangguan Seksual 2022 dan Keganasan Rumah Tangga yang merupakan salah satu fungsi di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Dalam perkongsian ini, AAGS boleh dipakai oleh semua orang tanpa membezakan jantina, agama dan keturunan. Elemen penting dalam AAGS ini terdiri daripada forum alternatif untuk semua, standard pembuktian imbangan kebarangkalian, platform murah, mudah dan cepat, bersifat sivil secara keseluruhan, penyediaan remedi untuk mangsa serta pendengaran secara tertutup.
Selain itu, Akta Keganasan Rumah Tangga juga turut diketengahkan di mana mangsa keganasan rumah tangga akan diberi perlindungan sama ada melalui Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan yang dikeluarkan oleh mahkamah atau penempatan sementara di tempat selamat.

Sesi perkongsian ilmu ini telah dikongsikan oleh Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid, Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi dan Puan Nur Ezzati binti Zulkifli, Penolong Setiausaha Unit Dasar Wanita dan Gender, Jabatan Pembangunan Wanita.

Dengan adanya sesi perkongsian ilmu ini, dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang perlakuan gangguan seksual serta mewujudkan ekosistem dan persekitaran yang selamat dan kondusif.

Sekiranya berlaku dan mengetahui sebarang kes keganasan rumah tangga yang berlaku di persekitaran terdekat, segeralah membuat aduan kepada pihak polis dan hubungi Talian Kasih di 15999.

Event Information

Tarikh Berita 10-01-2023