• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Sesi Lawatan Kerja Oleh Transparency International Cambodia Ke JPW

Sesi Lawatan Kerja Oleh Transparency International Cambodia Ke JPW
SESI LAWATAN KERJA OLEH TRANSPARENCY INTERNATIONAL CAMBODIA KE JABATAN PEMBANGUNAN WANITA

22 Disember 2022

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Transparency International Cambodia (TI Cambodia) pada hari ini. Seramai 13 orang belia daripada Kerajaan Kemboja dan diiringi oleh 5 orang pegawai TI Cambodia yang telah menyertai lawatan ini untuk mempelajari dan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berhubung pemerkasaan dan status wanita di Malaysia.
Tujuan sesi lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan perkongsian dalam membina kapasiti penjawat awam dan memperkasakan belia khususnya wanita muda untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam proses membuat keputusan dan terlibat dalam dialog dasar dengan pembuat keputusan utama dan entiti penyampaian perkhidmatan, untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan di Kemboja.
Dalam sesi lawatan kerja ini, Datin Izzatul Shima binti Md Thahir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita telah mempengerusikan pembentangan tersebut serta pegawai-pegawai Bahagian juga turut bersama.

Event Information

Tarikh Berita 22-12-2022