• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Perasmian Wanita Bangkit@KPWKM Pada 2 November 2021

Perasmian Wanita Bangkit@KPWKM Pada 2 November 2021
Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM adalah untuk membantu golongan wanita menjana pendapatan bagi memperkukuhkan sistem sokongan terutamanya dalam bidang ekonomi malah menghubungkan wanita dengan peluang pekerjaan yang ada (sektor formal) serta mendedahkan dan menghubungkan wanita kepada peluang perniagaan dan keusahawanan (sektor informal).

Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat pada 2 November 2021 (Selasa) , jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Syukor Burger Selangor HQ, Puncak Alam Selangor.

Untuk maklumat lanjut berkaitan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan yang ditawarkan oleh rakan strategik boleh klik dipautan berikut https://www.kpwkm.gov.my/WanitaBangkit/ . Ayuh Wanita ! Jangan lepaskan peluang ini untuk kembali bangkit dan jana pendapatan anda !

Event Information

Tarikh Berita 02-11-2021 10:00 am