• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Majlis Pelancaran Progam Ibu Nakhoda Hidup 2023 Anjuran Mydin dan P&G

Majlis Pelancaran Progam Ibu Nakhoda Hidup 2023 Anjuran Mydin dan P&G

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ก๐—”๐—ž๐—›๐—ข๐——๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—ฌ๐——๐—œ๐—ก, ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—˜๐—–๐—ง๐—ข๐—ฅ & ๐—š๐—”๐— ๐—•๐—Ÿ๐—˜ (๐—ฃ&๐—š) ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก: ๐—š๐—œ๐—ฅ๐—Ÿ๐—ฆ

30 Mei 2023

Bagi menyokong dan membantu golongan rentan terutama ibu tunggal dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita sentiasa merangka dan melaksanakan pelbagai program penjanaan pendapatan. JPW amat mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak sebagai rakan strategik dalam memperkasa wanita.
Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Ibu Nakhoda Hidup (INH) 2023 di Mydin Hypermarket USJ Subang Jaya.

Program INH 2023 merupakan usahasama antara pihak Mydin, P&G dan Women:Girls bagi memperkasa golongan ibu untuk menjayakan impian mereka menjadi usahawan yang berjaya. Peserta Program INH akan diberi pembiayaan dan ilmu keusahawanan untuk meningkatkan penjanaan pendapatan mereka.
Pihak P&G turut merakamkan terima kasih dan berbesar hati di atas kesudian YBrs Dr. KP JPW untuk merasmikan dan seterusnya berkolaborasi bagi menjayakan program INH 2023.

Event Information

Tarikh Berita 30-05-2023