• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Kunjungan Hormat Khadijah International Waqf Foundation

Kunjungan Hormat Khadijah International Waqf Foundation

Kunjungan Hormat Khadijah International Waqf Foundation

3 Julai 2023

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Khadijah International Waqf Foundation (KIWF) yang diketuai oleh disertai Puan Hajah Rohani Binti Datuk Mohd Shahir, Pengerusi KIWF.
Kunjungan Hormat ini bertujuan membincangkan berkenaan kolaborasi KIWF bersama KPWKM bagi membantu ekonomi kaum wanita dan penglibatan wanita dalam pentadbiran.
Selain itu, turut dibincangkan ialah kaedah terbaik bagi memastikan kaum wanita terus dibela terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi.

KPWKM sentiasa komited dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir termasuk wanita dalam pembangunan holistik Malaysia Madani.
Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, YBrs Puan Wan Nur Ibtisam Binti Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan YBrs Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

#KPWKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

Event Information

Tarikh Berita 03-07-2023