• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual(AGS)

Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual(AGS)

Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual (AGS)

6 Julai 2023

Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah merasmikan Program Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi yang diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas hari ini.
Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan serta menyebarluas pemakaian garis panduan dan notis antigangguan seksual kepada masyarakat.

Selain itu, objektif jerayawara ini adalah untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat bagi menghentikan perlakuan dan perbuatan gangguan seksual.
Pelbagai program menarik diadakan hari ini antaranya Ceramah Kasih Keibubapaan Sayangi Keluarga Kita, Pusat Keluarga Bergerak dan Saringan Kanser Wanita oleh LPPKN, Pusat Sokongan Sosial ‘Ceria Minda’ dan Sokongan Sosial Setempat oleh YKN, sesi libat urus dengan Pengusaha TASKA oleh JKM, sesi Pocket Talk dan Klinik Kaunseling Keluarga. Kemuncak jerayawara adalah program Fun Walk Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual sebagai acara simbolik program ini.
Jerayawara advokasi secara menyeluruh seumpama ini dapat mewujudkan persekitaran selamat khususnya kepada semua kumpulan sasar kementerian. Rukun Kesejahteraan yang merupakan salah satu tonggak dalam Malaysia MADANI perlulah dihayati dengan sebaiknya demi mewujudkan persekitaran sosial yang selamat sekali gus membolehkan setiap manusia mencapai keharmonian dan kebahagiaan.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Chong Eng, Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang dan YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

 

#KPWKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

Event Information

Tarikh Berita 06-07-2023