• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Mesyuarat Penyediaan Maklum Balas Kepada Senarai Isu Berbangkit Kepada Cedaw

Mesyuarat Penyediaan Maklum Balas Kepada Senarai Isu Berbangkit Kepada Cedaw

Mesyuarat Penyediaan Maklum Balas Kepada Senarai Isu Berbangkit Kepada Laporan Berkala Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan Mesyuarat Penyediaan Maklum Balas Kepada Senarai Isu Berbangkit Kepada Laporan Berkala Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) Ke-6 pada 24 dan 25 Jun 2023.
Malaysia telah menghantar Laporan Ke-6 pada tahun 2022 yang dikemukakan secara berkala setiap empat (4) tahun. Jawatankuasa CEDAW telah mengemukakan sebanyak 23 isu berbangkit berdasarkan kepada laporan yang telah dikemukakan.

Mesyuarat penyediaan jawapan isu yang dibangkitkan ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, KSU KPWKM. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), wakil daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Pejabat Penasihat Undang-Undang, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM.

#KPWKMPrihatin
#MalaysiaPrihatin
#CEDAW

Event Information

Tarikh Berita 24-06-2023