• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual

Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual

Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual

29 Mei 2023

Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual telah berlangsung pada hari ini di Putrajaya bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang perlakuan gangguan seksual dan kesan-kesannya terhadap mangsa.
Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam majlis itu juga, turut diadakan montaj Pelancaran Kempen Antigangguan Seksual dan penyampaian bahan kempen.
KPWKM sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat memandang serius isu gangguan seksual. Justeru, Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] telah digubal sebagai satu manifestasi penting Kerajaan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia.

#KPWKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
#HentikanGangguanSeksual

Event Information

Tarikh Berita 29-05-2023