• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

OBJEKTIF

 

  1. Meningkatkan keupayaan wanita dari segi kemahiran membuat keputusan dan meningkatkan pengetahuan mengenai gender, menyokong usaha-usaha kerajaan dalam mengukuhkan kesaksamaan hak wanita dan membina kesedaran global.

 

FUNGSI

 

  1. Menyelaras Inisiatif Wanita Bangkit dari segi menguar-uarkan inisiatif ini supaya lebih ramai syarikat menampil untuk menyertai inisiatif ini bagi tujuan memberi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan;
  2. Mengemaskini statistik Wanita Bangkit secara berkala (setiap minggu);
  3. Menyemak Modul Kesaksamaan dan Kepimpinan Kendiri serta memantau kesesuaian program-program yang dicadangkan di bawah modul ini dari semasa ke semasa;
  4. Mengurus setiakan Program Advokasi Kepekaan Gender dengan mencari penceramah-penceramah yang sesuai mengikut topik dan menguruskan semua urusan teknikal bagi menjayakan program ini;
  5. Menyemak jawapan parlimen yang berkaitan dengan kesaksamaan, kepimpinan dan gender dari semasa ke semasa;
  6. Menyediakan maklum balas kepada mesyuarat tertinggi JPW dan KPWKM seperti Mesyuarat berkala JPW, Mesyuarat Pasca Kabinet dan sebagainya;
  7. Menyelaras dan memantau Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Bekerjaya yang dijalankan oleh PPWN (12 negeri);
  8. Menyelaras dan memantau Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Muda yang dijalankan oleh PPWN (12 negeri);
  9. Menyelaraskan Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita; dan
  10. Menyediakan maklum balas kepada mesyuarat tertinggi JPW dan KPWKM seperti Mesyuarat berkala JPW, Mesyuarat Pasca Kabinet dan sebagainya.